makanan Malaysia paling menggemukkan

kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat dan sedap. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?
2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. .tapi yg ni aku suke sgt2.sedap sgt tapi tula kan.jaga kesihatan punye pasal telan air liur jela.
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada  korang berapa banyak korang makan dan kuantiti yang diambil. Jika korang makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang korang ambil itu menggemukkan diri korang.ayat mudah "ada aku kesah"?? kecur air liur tgk makanan kat atas..



raya haji bertiga

Selamat hari raya aidiladha kawan-kawan!!!!ok raya kali ni aku bersama anak dan suami..
sgtla osem.tapi aku kepenatan sbb anak berjaga mlm..
nak mekap time raya pon xde mood..
tapi ak gagahkan jugak meletakkan sedikit foundation dan oleskan lipstik d bibir.
so raya time..pagi tu aku berada d Kuantan rumah ibu mertua..
juadah yg disediakan pagi itu ialah
sedap sgtkan..so,lepas tu aku balik ke Chini iaitu umah mak aku..balik-balik mmg penuh dgn makanan..
juadah yg mak aku hidangkan ialah
so,mmg aku makan sepuasnya..tak ketinggalan juga mak aku masak ikan patin tempoyak..my fav dishes tu..
so bertambah2 nasi aku mkn..hehe
kami dibekalkan daging yg byk sebelum pulang..
so minggu ni mmg menu masakan ialah daging..alhamdullilah
ok u olls tu je update kali ni.bye!!



Segmen: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!

now aku nak join segmen Cik Ain ni..Bukan per,time cuti t,mmg aku x update blog maklumla sibuk nak raya..hehe..so jom join..hari ni aku tersangat rajin sbb aku print screen sume syarat2   Cik Ain..Semangat sungguh aku ni..jom check out apa yg cik Ain nak

1) WAJIB untuk FOLLOW blog Ain dan juga LIKE fan page Ain. Kalau ada twitter, boleh la FOLLOW Ain ok.



2) TULIS entry yang bertajuk, "Segmen: Up Kan Followers Dengan Mendadak!!!". Then tampal banner tersebut di entry anda. Dan link kan ke blog ini. *copy banner kat bawah ni*


http://3.bp.blogspot.com/-pwJ71Gn9B5M/UIIvUwfW9iI/AAAAAAAADcM/IUMX7RWlsDc/s400/belon.jpg

3) WAJIB PRINTSCREEN jumlah followers anda sekarang dan nyatakan TARGET followers yang anda nak. target followers aku ialah 2000..hehe boleh ker??

4) WAJIB TAG 2 orang rakan bloggers anda. So orang boleh tahu segmen ini ada.aku tag GADIS PENCINTA PINK dan GADIS SPEX
5) HANTAR link korang kat blog cik Ain.bukan blog aku.tarikh tutup segmen 21 november 2012.

suka jagung tak? jom ke Kuala Berang,Terengganu

hai readers!! aku dalam mood birthday lagi ni..tgk kek lembut-lembut tu..sape nak??
ok berbalik kepada topik,  ade yg gile jagung mcm aku tak?? jomla ke kuala berang..best jagung kat situ..kacang tanah pon ada..
wat apa la pegi jauh2 kan..alasan nak berjalan sebenarnya..
Lepas dah syok mkn tiba-tiba teringat apa khasiat jagung ni ek.Ada pernah org ckp jagung ni banyak khasiat.aku pun cari lah en Google..Dapat result n nak share ngan korunk sume..jom baca khasiat jagung ni.
    Meringankan pencernaan
Jagung mengandung serat yang baik untuk meringankan gangguan pencernaan, seperti mencegah sembelit, wasir dan bahkan menurunkan risiko kanker usus besar.
  • Sumber mineral
Biji jagung yang berwarna kuning ternyata mengandung mineral dengan tingkat sangat tinggi. Jagung juga memiliki banyak jenis mineral, seperti magnesium, mangan, besi dan paling penting fosfor. Fosfor sangat penting untuk kesihatan dan pertumbuhan tulang, serta menjaga fungsi ginjal agar tetap normal.

  • Perawatan kulit
Jagung kaya akan antioksidan, yang membantu dalam menjaga kulit menjadi awet muda. Minyak jagung juga merupakan sumber asam linoleat. Sedangkan patinya, berguna untuk mengatasi iritasi kulit dan ruam.

  • Mencegah anemia
Jagung manis kaya akan vitamin B dan asam folat yang mencegah anemia.
  • Mengawal kolesterol
Vitamin C, karotenoid dan bioflavinoid yang terkandung dalam jagung manis menjaga jantung Anda tetap sehat dengan mengendalikan kadar kolesterol dan meningkatkan aliran darah dalam tubuh.


    Penting bagi ibu hamil
Jagung menyediakan sumber yang kaya akan asam folat. Jagung manis memberikan manfaat kesehatan baik untuk ibu hamil dan bayi. Jagung dapat mencegah kekurangan berat badan pada bayi yang baru lahir dan menurunkan risiko lahir cacat.


my birthday - new york cheese cake

 so semalam genapla umur aku 22 tahun..thanks kepada husband,family dan rakan-rakan fesbuk..ternyata u olls still igtkan aku..aku terharu..
this new york cheese cake make me craving to eat..but aku suruh my husband juz beli 1 slices only..because   
aku tengah diet..logik ke alasan aku..
tak termampu aku nk mkn kek byk2..muak kot..
cukupla sekadar 1 slice make me happy..
tapi aku still lagi igt time kawan-kawan ump celebrate my birthday..aku tak pnh lupekan korang..
byk sgt kenangan aku dengn kwn2 di ump..tapi sekarang aku dah berkeluarga so take time utk tamatkan pelajaran..
time berkawan dengan husband sampai 4 slices die belikan untuk aku..
tapi time tu aku x kisah gemok ke x..hehe..sekarang dah kawen,penampilan wajib dijaga..jom review 4 slices  kek dari secret recipe..
cappucino cheese cake
indulgence cake
choc mud cake
blueberry cheese cake

ha!!! sdpkan..lembut2 je kek nyer..cair dlm mulut..tpi igt mkn byk boleh gmok..akhirnya,thanks utk semua la yg wish..jom g secret recipe..wink wink




Blogwalking yang berkesan

hai adik-adik,rakan-rakan bloggers sekalian..malam ni aku nak update tentang blogwalking..
tahu tak apa makna blogwalking (BW)  tu?
Ia bermaksud jalan-jalan cuci mata kat blog org lain ataupon usha la kan..
aku mmg gila BW sebab nak dapatkan idea-idea kreatif,followers n macam-macam lagi..
tapi aku rasa tak ramai yang dapat BW dengan cara berkesan tapi sekadar melepaskan batuk di tangga jer..
so jom review cara aku blogwalking..yang tak setuju,jgn ikut..

1)shoutbox or cbox
ha,yg ni WAJIB ada ok..jgn nak jadi blogger yg sombong..juz nak org je follow blog dia,tapi dia hampeh wat x endah je dgn korg..
pastu ayat tu cube ikhlas sikit..jgnla sekadar tulis 'BW'..Tapi aku suka tulis aku follower yg keberapa utk blog korang..baru nmpk aku betul2 follow blog korang..hehe
n then jgnla ltk link-link nth ape2..korg mmg suka dimaki hamun ker..kalo 100 org ckp korang bodoh,mmg jadi bodoh betul2 la jawabnya..
tulisan kat shoutbox biarla jelas dan besar..please jgn menyusahkan kami untuk BW.

2)komen
kalo rajin komenla,yg penting aku memang akan reply komen-komen u olls..
jgnla nk letak word verification lak..
adoi,aku mmg lemah bab-bab mengenal huruf..hehe
entry pulak biarla berpatutan jgnla citer tntg korang putusla apa la..
kami pon tak tahu nak komen aper kalo u olls citer macam tu..
tulisan entry pon kene jelas senang kami nak baca dan semangatnya nak komen..

3)Group blogger dalam facebook
ok cepat-cepat join group dalam fb ni.tapi ni yg aku tahu jela ek

4)button follow
ha yg ni penting jugak,tapi almost mmg ade la kan..seme nak org follow blog dia,tapi dia 'ada aku kesah??'..
hehe..blog jgn berat sgt wei!!!tenet ramai yg semput..korg xpela guna 100mb..
update blog tu at least 2 entry seminggu..kalo buntu sgt,joinla segmen-segmen tu..

ha!!! itu je kot..bagi aku jela..korang cmne lak?? komen sikit!!!






pampers Hey Baby pilihan kami

ok hari ni aku juz nak review la pasal lampin pakai buang ni..
bukan aku tak nak kasi yang jenama Huggies tu kat anak aku,
tapi time die baru lahir,die kuning..
so asyik cirit birit jer..
so membazir sgt kalo pakai yg lampin yg mahal tapi pakai setengah jam jer..
so kami beli pampers Hey baby ni..
mula2 saiz s sebab yg new born xde..
ada 84keping..so sangat jimat dan mampu dimiliki oleh kami..
tapi waktu anak aku baru lahir,kami pakaikan die diapers new born..
pastu x tahan sbb die selalu buang air besar..
bukan nak ckp per,wktu kat hospital,
anak aku siap pakai Mamy Poko..
itupon hadiah dari family aku..
ok2 beralih ke Hey baby tadi..
sampai sekarang sangat sesuai dgn anak aku..
xde kesan merah kat punggung die..
melecet pon xde..
alhamdulilah,anak aku sangat tidak cerewet..
so belilah Hey Baby untuk penjimatan..
lagipun pakai buang..bukan leh basuh pon..
hehe..bye!!!

tempoyak punye story



haha kau ade?TEMPOYAK..aduhh kalau sebelom ni makan nasi 2 pinggan (fakta)..tapi pasni dengan adenye tempoyak,suami aku akan makan nasi berpinggan2..haha..kompem anak nangis die wat pekak jer..
feveret husband 4 ever ..
makan nasi lauk ikan bakar tambah tempoyak..
memang menyelerakan..
aku kurang sikit bab tempoyak ni
tapi ikan patin masak tempoyak
memang bertambah2 aku makan nasi..
ni semua sebab tempoyak...pastu sambal lada..sedapp sedapp sedappp... 
aduh tertelan air liur tgk gambar ikan patin ni..
sabar jela!!!


pemilihan tudung mengikut bentuk muka

Hari ni aku nak update info cara pilih Tudung ikut bentuk muka,
Jom kita check bentuk muka masing-masing kategori bentuk yang mana....
Just nak bgtau...
artis yang paling aku minat dengan trend muslimahnya adalah..
Heliza Helmi 

Pemilihan Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka
Bentuk Muka Oval/bujur


Wanita yang memiliki bentuk wajah oval/bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. 

Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

Bentuk Muka Petak


Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. 
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung. 


Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

Bentuk Muka Panjang


Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. 


Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk Segitiga

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net. 


Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk Muka Bulat

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. 


Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.

tapi kan sampai sekarang aku tak tahu tudung yg mana seswai utk aku..
dalam hati aku cuma ada tudung bawal jer..
tapi cam teringin nak pakai selendang..
ok itu update utk hari ni!!


masker madu untuk muka berjerawat

nak tahu tips kecantikan lagi tak?
 murah dan jimat..xperlu nak memilih masker mana yg terbaik..
beli je madu..
ok,madu ni aku dah guna dan praktikan..memang kulit muka anjal tau.licin jer..
tp aku nak citer mula2 aku wat masker madu ni..
muka aku rasa cam ada bende merayap kat muka..
aku tgk kat cermin,rupa2 nya ada semut..
eee...kacau je semut ni..
korg jgnla tepek lama sgt madu kat muka tu..
juz 20-30 minit jer..
amalkan setiap malam 2-3 kali seminggu
jomlah cuba..
tp igt mintak izin bonda dulu
kalo tak,bising satu rumah..
cuba tau!!!
ha!! jgn tk percaya!! ini isteri kepada en j dan mama kepada fasihah
gambar diambil masa aku pregnant..



kuku bayi cepat panjang



Takut untuk memotong kuku si bayi ? Sebaiknya aku tidak perlu takut untuk memotong kuku bayi, jika aku tidak mahu melihat muka bayi aku atau muka aku luka-luka akibat kuku bayi yang tajam. kuku bayi sangatlah lembut dan kecil, tetapi kuku bayi sangat tajam dan cepat  panjang. aku harus memberanikan diri untuk memotongnya. Mungkin kebanyakan orang  tidak sanggup untuk memotongnya, kerana takut akan menyakiti si bayi. Tapi mahu tidak mahu aku harus memotongnya agar  muka dan badannya tak luka-luka akibat kukunya yang sudah mula panjang.akuharus mempunyai kesabaran yang extra,dan tak ragu untuk melakukannya.Potonglah kuku tangan bayi setiap 2 hari sekali, kerana kuku tangan pada bayi cepat panjang, sedangkan potong kuku kaki bayi setiap 1 minggu sekali, kerana kuku kaki bayi tidak terlalu cepat panjang berbanding dengan tangannya.
Bagaimana cara memotong kuku si bayi dengan betul tanpa menyakitinya?
Sebelum memotong kuku si bayi sebaiknya ibubapa membaca garis panduan atau artikel tentang cara memotong bayi dengan betul. Tips cara memotong kuku bayi dengan betul:
  • Sebelum memotong kuku, sebaiknya ibubapa bersihkan tangannya dulu dengan sabun hingga bersih
  • Belilah gunting kuku bayi di kedai-kedai berdekatan, jangan menggunakan gunting kuku untuk orang dewasa, kerana gunting kuku untuk orang dewasa sangat tajam, dikhuatiri jika memakainya akan mencederakan kuku si bayi. Kuku pada bayi sangatlah kecil dan mudah untuk dipotong.
  • Potonglah sampai pendek, sampai sempadan antara kuku dan daging, lakukanlah dengan sangat hati-hati tanpa menyakitinya
  • Jika ingin memotong kuku si bayi, maka lakukanlah disaat sang bayi sedang tertidur . Kerana jika dilakukan disaat ia belum tertidur akan berisiko berat. Kerana bayi tidak boleh diam, dikhuatiri orang tua yang sedang memotong kukunya akan mengenai daging pada kuku si bayi yang mengakibatkan rasa sakit pada kuku bayi dan membuat si bayi menangis kesakitan
  • Lakukanlah pada tempat yang terang, agar kelihatan dengan jelas pada saat kuku si bayi dipotong. Sebaiknya dilakukan pada waktu pagi hari atau siang hari. Jangan lakukan pada malam hari.
  • Jika anda secara tidak sengaja mencederakan kuku si kecil hingga berdarah, janganlah panik, ambilah kapas basahi dengan alcohol, lalu tekan darahnya sampai darah tidak keluar lagi, atau boleh dengan memberikannya betadine. Kemudian peluk dan ciumlah bayi anda kerana anda tidak sengaja melukainnya



Yang Biasa dan Luar Biasa




1.Sembahyang

Yang biasa: Ramai dari kita yang sembahyang apabila telah masuk waktu. Yang kerap berlaku juga, sembahyang kita di akhir waktu. Mungkin pepatah orang putih "Better late than never" menjadi pegangan kita. Inilah golongan yang hanya tahu dirinya hamba tapi tak rasa hamba.

Luar biasa: Orang yang selalu menunggu-nunggu waktu untuk sembahyang. Seperti seorang yang sangat merindukan pertemuan dengan kekasihnya. 15 minit sebelum azan, dia dah duduk di tikar sembahyang.
Kalau begitu, sahihlah dia orang luar biasa.



2. Sedekah

Yang biasa: Kalau kita sedekah, kita mahu seluruh dunia tahu. Kalau tak panggil press, sekurang-kurangnya kita bercerita pada orang. Kita mahu orang tahu kita pemurah. Agaknya kita memang tak nak pahala sebab hanya sedekah yang ikhlas akan dibalas oleh Tuhan.

Luar biasa: Apabila bersedekah, kita lebih suka melakukan secara sembunyi. Ibarat kata, tangan kanan sedekah, tangan kiri pun tak tahu. Yang penting bagi kita ialah membantu meringankan kesusahan orang. Itu pun kita bimbang juga kalau-kalau dalam hati ada rasa riyak atau taksub dengan diri sendiri. Sedangkan kita berharap dengan banyak bersedekah akan turun rahmat serta keampunan Tuhan.



3. Berjaga malam

Yang biasa: Kita biasa berjaga malam. Sama ada untuk tengok bola sepak piala dunia, atau melayan VCD terbaru. Yang lebih teruk, kalau malam dihidupkan dengan berhibur di pusat-pusat hiburan.

Luar biasa: Malam kita dihidupkan dengan pelbagai ibadah dan amalan. Ketika orang lain lena dibuai mimpi, kita meninggalkan tilam empuk untuk bertahajud dan muhasabahkan diri. Bagi kita, kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dariNya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.



4. Kerja

Yang biasa: Kita cukup berbangga bila berjaya di dalam sebarang kerja. Sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun bila dapat buat banyak amal ibadah. Kita rasa, kalau tak kerana otak kita yang genius, atau kerja kuat kita, tentu kita gagal. Sebab itu kita mudah pandang rendah pada orang yang kurang upaya atau kurang berjaya. Walaupun kita ucapkan alhamdulillah, tapi di hati kecil kita tak rasa apa yang berlaku, Tuhan punya kuasa.

Luar biasa: Bila kita dapat rasakan segala yang kita miliki adalah dari Tuhan. Kita sangat yakin bahawa kekayaan, pangkat dan kelulusan tidak akan kita nikmati kalau tidak dengan izin Tuhan. Makin banyak nikmat yang kita dapat, makin tinggi rasa kehambaan. Bimbang dan cemas kalau-kalau kita tidak mampu berterima kasih kepada Tuhan sehingga tersilap menggunakan nikmat dariNya. Makin banyak ibadah pula, makin takut dengan Tuhan . Luar biasalah jika manusia dapat merasakan dirinya hanya hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Renungan:
Semoga diriku dan semua pembaca mengambil iktibar dan berusaha menjadi orang yang "Luar Biasa" kepada Allah SWT... Semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati kita dalam setiap perubahan kita keranaNya... InsyaAllah... Aminnn....

pengalaman kena tindih ketika tidur

pernah tak korang rasa kena tindih ketika tidur? aku pernah mengalaminya beberapa kali. ia satu pengalaman yang mendebarkan.aku memang betul2 terasa ditindih oleh sesuatu hingga tidak dapat bergerak.aku cuba membaca ayat-ayat suci supaya hilang sakit ditindih.

masa terus berlalu,hingg kini aku dengar macam-macam cerita dan pengalaman mengenai orang kene tindih dengan hantu masa tidur.

disini aku nak citer pasal fenomena hempap atau tindih ketika tidur. atau dalam medikalnya SLEEP PARALYSIS.
Sleep paralysis ini selalu datang dalam bentuk halusinasi sama ada bunyi pelik2,nampak mende bukan-bukan atau terasa ditindih.

antara sebab-sebab sleep paralysis ini ialah:
1)tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2)jadual tidur yang tidak tentu arah
3)tk cukup tidor..penat sangat
4)stress byk sgt kat otak
5)pertukaran gaya hidup..cth bese duk rumah jer,tapi kali ni g swimming,mendaki etc.
6)orang ada penyakit narcolepsy

so,kesimpulanya jgnla kita katakan fenomena kene tindih ketika tidur adalah kaitan hantu atau makhluk halus.tahyul jer seme tu..


button follow hilang

Ada beberapa pembaca kata tak dapat nak follow blog aku eh. Sebabnya tak jumpa button follow. Aku pun kadang-kadang ada masalah ni jugak. Jenuh la aku nak segarkan balik blog tu dengan harapan keluar button follow. Tapi hampa, button menyorok malu nak muncul .

Ok lah, kita cuba ikhtiar la ye. Aku dah ubah position widget follower tu, dan sepatutnya sekarang ni button dan senarai peminat-peminat aku yang tak ramai mana tu berada di sidebar blog ni. Tapi jangan hampa dan kecewa sangat kalau button tak muncul. Apa kata korang cuba klik button 'FOLLOW ME' betul-betul kat atas header aku macam kat gambar ni
Mudah-mudahan berkesan la ye.tapi ni sementara je tau..sebab aku xsuka float button ni..
 Oh lagi satu, jangan lupa tinggalkan link blog korang kat footprint aku tu tau. Senang la aku dan orang lain nak jenjalan.
ok bye..nak susukan anak plak ni..hehe

Kebaikan dan keburukan facebook



Kebaikan Facebook :
1. Untuk meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.

2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
6. Membina komuniti tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya


Keburukan FaceBook :
1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.

2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat




10 petanda anak anda bijak


Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius. Walau pun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi seorang yang genius namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.

10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :- 

1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas

  • Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah seterusnya.

3. Membaca dan Menulis di awal usia

  • Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik

  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan Konsentrasi

  • Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik

  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia

  • Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci

  • Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya

  • Kanak-kanak di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit

  • Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.