Mega Giveaway by FY &NEB



                                                              DUE DATE: 30 APRIL 2013
                                                           klik banner kalau nak join!!!

Mini Segmen by Nurirwane

nak join..klik banner ok!!
iera tag: Aisya  , Shahirah  ,  Athirah

April-May Giveaway By Nabila Medan


kalau nak join klik banner ok!!
ira tag ekatikah

Syarat-syarat
1. Buat syarat dibawah dengan lengkap
Click  link satulink dua dan link tiga sampai habis loading *akan dicheck*
Join Group  Group Impreza Awie
Like Page 
    
Tekan G+  
 
2. Buat entri
 Tajuk "April-May Giveaway By Nabila Medan"
 Letak banner dan linkkan semula kesini
 Tag rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu
3. Tinggalkan link entri di bahagian komen
4. Tarikh tutup 10 May 2013

Pemilihan Pemenang
Random org & Top Refferal

Hadiah-Hadiah
Mystery Gift X 1 (Top Refferal)  Impreza Awie
Keychain nama sendiri X 3  Liyana Erythrina
Bawal Tribal X 1  Aina Mansor
Keychain X 3  Nabila Medan
Kain Ela 4 Meter X 3  Impreza Awie
Baju Tidur X 3  Dressuana
Topup RM10 X 1  Impreza Awie
Topup RM5 X 4  Impreza Awie
Topup RM3 X 5  Impreza Awie

 




2 Budak Ump Mati Lemas di Pusat Rekreasi Air Terjun Berkelah

KUANTAN 21 April 2013- Dua pelajar Universiti Malaysia Pahang ditemui mati lemas di Pusat Rekreasi Air Terjun Berkelah, dekat Maran lewat hari ini .
Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata, mayat mangsa ditemui 6.05 petang selepas dilaporkan hilang ketika mandi manda jam 1.09 tengah hari.
Katanya, mangsa yang masing-masing berusia 20 tahun itu ialah Amer Fahmi Othman berasal dari Pulau Pinang dan Mohd Kamal Ismail dari Pasir Gudang, Johor Bahru.
"Mayat mangsa ditemui di dasar air terjun berkenaan oleh Unit Penyelam Bomba sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, seramai lima anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Taman Tas dan enam anggota dari Unit Penyelam terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan. 

Moga Allah S.W.T tempatkan mereka bersama org2 yang beriman dan kurniakan mereka syurga..mereka pergi dulu sebelum kita..dan insyaallah kita juga akan menyusul kemudian :'(


Mari kawan2 kita sedekahkan mereka al fatihah..

Cuti Mid Sem-5hari di Kuala Terengganu

Salam blogger sekalian,dah seminggu aku x bukak blog ni..sebenarnya aku tgh cuti mid sem..
so cuti minggu lps,aku dan anak ku mengikut suami ke Kuala Terengganu..Kami bertolak dari Kuantan pada jam 6.30 pagi 7April 2013..
Perjalanan kami berjalan dgn lancar dan tiba di Homestay Pak Teh(merangkap family angkat) pada jam 10.00 pagi..Selepas mandikan anak,aku segera mengemas rumah dan kain baju yang ade dlm bag..
alhamdullilah kami cukup selesa berada di situ..
pada sebelah petang,kami ke Pantai Batu Burok..

Pada malam 8April 2013,kami ke I-city Terengganu aka Pulau Warisan..walaupon x sehebat i-city Shah alam,tapi ok2 la..parking pon free..Pulau Warisan ini terletak di belakang kampung cina di muara Kuala Terengganu bersebelahan Hotel Seri Malaysia..
Pada keesokan harinya,kami bersiar-siar di Masjid Terapung Kuala Ibai..masjidnya sunnguh putih bersih..dan kebetulan ade lawatan sekolah pada hari tersebut..
pantai pon ade jgk kat area masjid tersebut..

Memang betul la kan,Kuala Terengganu mmg kaya dengan pantai..tapi kalau ke bandar mmg boring..sbb xde mall besar2...cume ade Mydin Mall...Aku tak pernah menjejaki ke Pulau2 yg cantik..InsyaAllah kalau masih ade kesempatan kami akan ke Pulau ..
Sebelum pulang,keluarga Pak teh mengadakan majlis Hari Jadi untuk anak buahnya..jadi kami sempat menjamah bihun goreng ,ayam bakar serta kek coklat yg sedap..


4 Majlis pada Musim Cuti Sekolah

Salam readers!! terasa agak lama x update blog ni...maklumla minggu lps sibuk dgn cuti sekolah..
so ramai yg ambil kesempatan untuk bernikah..
tak terlepas juga bagi keluarga ku..
pada 23hb Mac 2013 majlis perkahwinan sepupu suami ku di Indera Sempurna Kuantan..
Pada sebelam malam pula,ada perlawanan futsal untuk Mokzie FC..Kemenangan berpihak pada keluarga kami.
Pada 24hb Mac 2013,jam 10.00 pagi,majlis pernikahan diantara Jamilah dan Azmi di surau permatang badak..dengan sekali lafaz,sahla mereka sebagai suami isteri..
Pada jam 12 ptg majlis persandingan diantara Jamilah Dan Azmi di teratak Mokzie dan disertai dengan majlis khatam al-quran dan marhaban.
Pada 28hb Mac 2013 majlis sambut menantu di Bachok Kelantan..Kami bertolak pada 27 Mac 2013 jam 8pagi dan tiba di bachok jam 3 ptg..kami menetap di Jamal Homestay..
first time aku menjejakkan kaki ke negeri Kelantan..walaupun bahang keletihan masih terase,tapi aku gembira dengan perjalanan kami.
Pada sebelah malam kami sempat bershoping di wakaf Che Yeh..tempatnya sangat luas,dan barang murah..
aku cuma mencuci mata sebab tersangat letih dan bukan dalam mood shopping..
Pada keesokan harinya ,29Mac 2013 jam 10pagi,kami sekeluarga berangkat ke Perak..kami melalui jalan banjaran titiwangsa..perjalanan mengambil masa selama 6 jam..
kami disambut dengan meriah di Kamunting ,taiping,Perak..
pada sebelah malam majlis berendoi dan Aqiqah untuk anak ku Fasihah dan disertai dengan marhaban..
kami dihidangkan dengan juadah sup tulang..
Keesokan harinya,30 Mac 2013 pada jam 11 pagi,bacaan tahlil diadakan di teratak pakcik ku..majlis sgt meriah dan diadakan secara besar-besaran..majlis tamat pada jam 4 ptg..
Kami bertolak pulang ke Kuantan pada jam 2ptg dan tiba di kuantan pada jam 9mlm..
di bawah ni gambar nakal Haziq bersama anak ku Fasihah