tidur didalam buaian lebih lena


Nak tidur dalam buaian ke tak? memang pada mulanya aku x nak ajar anak tido buai..tapi baru2 ni die meragam dan melalak nak tido..aku makin buntu..so aku pon terus letak anak dalam buai anak buah...so dengan senangnya anak aku tido.. makin lama makin pendek tidur siangnya. Kalau selalunya boleh tidur 2-3 jam, tapi sekarang dia dahtaknak tidur lama2, melainkan kalau tidur dalam buaian. 

 Tapi ada jugak yang anggap buaian ni tak bagus untuk bayi. Risau kalau2 anak tidur lasak dan jatuh dari buaian, gegaran pada otak bayi dan sebagainya. Korang pulak macam mana?

Mula2 aku cuba test tengok apa yang baby suka samada tidur dalam buai @ tidur atas tilam. Nampaknya,baby ni suka dua-dua. Jadi aku hadkan, waktu siang aku letakkan dalam buai. Hasilnya, dia tidur lama berbanding tidur siang atas tilam. Bila malam pulak, aku letakkan atas tilam saja. Hasilnya, dia boleh tidur dengan bebas memandangkanbaby lasak bila tidur.

Yang buatkan aku tak berapa suka dengan buaian ni, sebab ada cerita yang aku dengar tentang bayi yang mati bila tidur dalam buaian. Entah macam mana baby tu mati mungkin kepala terhantuk kuat masa tidur bila buaian dibuai dengan kuat. Itu bab keburukan. Buaian ni ada jugak baiknya. Sebab utama baby suka tidur dalam buaian ni ialah dia berasa macam berada dalam perut maknya. Kalau guna kain buaian yang ada lubang2 tu, angin dapat masuk dengan mudah, buat baby rasa lebih selesa. Kalau guna kain buaian jenis tu jugak, baby takkan lemas sebab ada lubang2 kecik untuk mudahkan pernafasan.

Sebelum ni aku agak keras kepala, taknak bagi baby tido dalam buai. Tapi bila tengok dia tidur lena dan dapat tidur lama…bila bangun pun senyum ceria jer, rasa tak sampai hati pulak. Baby pun memang perlu tidur yang banyak. Jadi sekarang terpaksala berlembut sikit dengan anak.