Review:Maybelline Clear Smooth BB White


Assalamualaikum!!!!tamat sudah tahun 2012 dan kita melangkah ke tahun 2013.. So, hari ni nak share produk yang baru sahaja aku gunakan sebulan lebih..Maybelline BB White!!!

 

Saja bertukar arah dari alas bedak Mustika Ratu kepada BB white  plak..huhu,harga memang sedikit mahal tapi untuk kulit yg cantik dan menawan apakan daya....sekali beli boleh tahan sampai dua bulan lebih....depends gak dengan cara penggunaan.....lepas cuci muka terus apply BB white...kalau kat umah tak yah lerr, boleh jimat skit...aku pakai bedak baby je kalo dok umah.

BB White direka dalam bentuk squeeze dan kecil (18ml).so senang untuk travel kemana sahaja..
teksturnya agak pekat dan ada 2 jenis 01 dan 02..01 untuk kulit kuning langsat atau fresh dan 02 yg neutral.so aku grab kuning langsat sbb aku memang nak cerah pon.

seriously,BB White x berminyak dan tahan 12 jam.memang kene dengan kulitku..kulit aku memang tiada masalah sbb aku sentiasa menjaga kulit muka supaya kekal cerah dan licin.
selepas tu aku bilas sikit dengan bedak compact Pixy UV Whitening.hasilnya memang aku puas hati..

kalau korang perasan aku sentiasa akan pilih yg protect dari UV..Maklumlah cuaca kat Malaysia tak menentu..jgn risau kepada sesiapa yg muka jenis berminyak sbb BB White oil free dan hydrates skin..so kita sentiasa fresh dan confident..

so korang guna BB Cream yg mana??