New Born-Firdaus

Assalamualaikum blogger semua,
Alhamdulillah pada tarikh 9 April 2013,telah lahir ke dunia seorang lagi ahli keluarga kami,iaitu anak saudaraku. dan nak masuk sebulan baru buat announcement..apelah aku ni...
tahniah kepada Cik Tijah sekeluarga atas kelahiran bayi lelaki yg comel ni..
bertambah la hero-hero mokzie.


Selamat datang ke dunia anak saudaraku yang comel...
Muhammad firdaus Syazwan:)



Car Seat Dan Fasihah

Assalamualaikum semua blogger yang baca entry aku di pagi hari ini..Tiba-tiba terajin nak update blog kan...
Umur Fasihah sekarang dah nak masuk setahun.Disebabkan kami selalu ulang alik dari Chini ke Kuantan,maka kami prefer membeli car seat.. Fasihah mana reti duduk diam.Die nak capai sana capai sini,kadang2 ayah dia x masuk gear lagi die dah tolong masukkan..letih mama nye nak memegang si kecik Fasihah ni..so dengan adanya car seat keadaan Fasihah kembali tenang..



Mula² agak risau penerimaan Fasihah nanti. Nak ke dia duduk dalam car seat lagi setelah agak lama beriba atas pangku mama. 2 jam perjalanan, 2 jam lah tidur berpeluk. Sakit pinggang toksah cakaplah. Tapi sampai bila nak berpelukan je kan. Lagi pula macam tak berapa selamat untuk perjalanan yang jauh. 

Setelah buat survey sana sini, kami akhirnya tekad nak ajar Fasihah duduk dalam car seat semula. Beli brand Sweet Cherry dekat AEON AU2. Nak beli ni pun masalah juga, ingatkan boleh beli car seat biasa tapi rupanya ada had muatan. Car seat biasa sampai 18 kg sahaja. 

Alhamdulillah, so far dia ok duduk dalam tu as long as ada benda untuk alihkan perhatian dia. Kalau tidak nanti dia jerit . Sesekali bila tak sampai hati tu ribalah juga dia. Tapi sesekali je lah. Tak boleh selalu nanti naik lemak. Mana pun dah tak larat riba awak sangat sayang. HAHA.  Kalau sebelum ni tangan mama ni lah jadi seat belt awak, sekarang ni dah ada car seat silalah manfaat kan ye. 



Menikmati Kesejukan Air di Sungai Lembing,Kuantan

Sungai Lembing merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di dalam daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sungai Lembing dikenali sebagai pekan perlombongan kerana di sinilah wujudnya sebuah lombong bijih timah yang terdalam di dunia. Lombong bijih timah di sini berkembang maju ketika di era pemerintahan British dahulu, dan kini hanya tinggal sejarah yang amat unik.

Pada 1 MEI 2013,aku dan family aku pergi ke sg lembing ni utk berpicnic..aku suruh mak aku yg masak..sbb masakan mak akula yg paling sedap..Selepas menikmati juadah makanan,aku dan adik2 ku berendam di dalam sungai..maklumla cuaca sekarang sangat terik.
Emak dan ayah aku nyenyak dibuai mimpi..Anakku Fasihah masih berayun di dalam buaian..

Lama jugakla kami berendam dalam sungai tu..Keluar je dah kecut-kecut satu badan..Anakku Fasihah sangat suka berendam dalam air..bila keluar dari air,dia akan melonjak-lonjak untuk terjun semula ke sungai..Gembira tgk anak semakin aktif dan sudah mula meneroka alam sekeliling.


Pada 5Mei 2013,kami pergi sekali lagi ke Sungai Lembing..tapi kali ni aku pergi dengan family suami ku pulak..Kami berbeku di sana..selepas menikmati bbq kami berendam ke dalam sungai..dan seperti biasa Fasihah melonjak keriangan..