bayi sangat comel tapi kenapa dibuang?



Sedih, pilu, ngeri, tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.
Tapi mengapa orang yg sudah berkahwin,mengalami masalah lambat dapat zuriat dan ada juga yang mempunyai masalah kesihatan bayi.kesian dan sedih tengok ayah dan ibu menjaga anak mereka yang sakit terlantar.tangan dicucuk sana sini,mata bengkak.tapi sekarang,senang sangat mereka buang zuriat itu.kalau tak nak sekalipun,letakla bayi itu di tempat awam.janganlah dibuang.
Ada juga bapa yg sanggup merogol bayi mereka.subhanaAllah,tangisan bayi tidak didengari lagi.sakitnya bayi itu.apalah nak jadi kepada dunia sekarang,manalah sifat kemanusiaan itu.bayi dipukul didera.ya Allah sakit nye bayi itu.macam2 lumrah kehidupan seorang bayi setelah mengenal dunia.menitis air mata saya ketika menaip kisah seorang bayi setelah dilahirkan di dunia.
Kawan-kawan doakan bayi-bayi yang sakit terlantar dihospital yer.mintak maaf saya terlalu beremosi.tapi itula manusia sekarang yang bertopengkan syaitan.Ingatlah anak amanah dari ALLAH.disini saya sertakan isu2 buang bayi.(sini)

Gaya tidur menjelaskan perwatakan seseorang

1. GAYA BAYI
Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.
2. GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.
3. GAYA TIDUR MENGIRING
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.
4. GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.
5. GAYA TIDUR BEBAS
Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.
6. GAYA TAPAK SULAIMAN
Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.
ha!!! nah gaya tidur anak aku..risau juga takut tertindih dia time tidur..gaya lebih dasyat pon ada..itu tanda anak aku tidur sungguh lena.