Bercuti di Kuala Lumpur

Salam bloggers sekalian,
Rasa macam dah lama x update blog ni..
harini nak citerla serba sedikit tentang percutian ku di Kuala Lumpur..
kami bertolak dari Kuantan sekitar jam 3 ptg dan tiba di Putrajaya jam 8 malam..
kami menginap di rumah ibu saudara suamiku di Putrajaya..
sebenarnya percutian ini tidak dirancang dan kebetulan husband aku ada kerja di Putrajaya..

Lepas selesai kerja,aku ajak suamiku pergi ke Tesco Ampang
sbb barang kat situ murah dan banyak pilihan.jalan sgt sesak sbb orang ramai nak balik kampung..
mujur fasihah tak banyak meragam dan boleh beli barang dgn tenang sambil membangdingkan harga dengan Tunas Manja..selepas belek-belek harga aku beli barang untuk anak ku Fasihah
Bila nak Shopping tudung, kompem kita nk cari kedai kain dan tudung yang murah2 kan?
tambah- tambah pulak kalau shoping raya di Jalan TAR
memang rambang mata tengok, terlampau bnyk kedai yg jual kain pasang, tudung, baju kurung siap dll
aku suggestkan korang langkah lah masuk Kedai Muaz Textiles
Tengok apa yg ada, di sini mmg murah dr kedai yg lain
kalau cerita tentang kualiti tu, di Muaz Textiles ni
kita kene betul2 cari yg cantik dan elok
takut2 terpegang yg kurang berkualiti plak sbbnye semua barang dilonggok
tp kalau dpat yg cantik berkualiti dan murah
mmg sangat berbaloi-baloi. aku sgt teruja dan meninggalkan Fasihah dan ayahnya..hehe

Pada sebelah malam kami pergi ke Restoran Arab iaitu Mr. Kabab & Biryani (Makanan Tradisi Arab dan Pakistani) yang terletak sebaris dengan Bank Rakyat Cawangan Putrajaya, lebih kurang belakang Mydin kot..hehehe. Maklum la masa aku pergi tu waktu malam. 
Lamb Mendy Arabic – RM 17.00 Ha..hidangan ini pula mestila husband punya. KAMBING… kegemarannya. Habis la aku, sejak suami suka makan kambeng, aku susah nak buat pilihan sebab husband lebih gemar makan di gerai mamak yang mempunyai daging KAMBING..huhuhuh
Kentang goreng – RM 4.00 ini untuk aku..maklumlah dah tengah malam..so aku berdietla..makan kentang goreng jer..hehe..aku cuma terkebil kebil tgok suami makan nasi arab bersama daging kambing.
Jangan lupa yek makan di sini. Mana tahu korang boleh buat review macam aku juga. Tapi yang nyata, nasi nya memang sedap serta lauk KAMBING tu sangat lembut(pendapat husband)
so thats all,holiday aku dan keluarga.kami sampai di Kuantan pada jam 6 ptg.sepanjang perjalanan hujan tidak henti-henti..aku dan anak ku enak diulit mimpi