Takut untuk memotong kuku si bayi ? Sebaiknya aku tidak perlu takut untuk memotong kuku bayi, jika aku tidak mahu melihat muka bayi aku atau muka aku luka-luka akibat kuku bayi yang tajam. kuku bayi sangatlah lembut dan kecil, tetapi kuku bayi sangat tajam dan cepat panjang. aku harus memberanikan diri untuk memotongnya. Mungkin kebanyakan orang tidak sanggup untuk memotongnya, kerana takut akan menyakiti si bayi. Tapi mahu tidak mahu aku harus memotongnya agar muka dan badannya tak luka-luka akibat kukunya yang sudah mula panjang.akuharus mempunyai kesabaran yang extra,dan tak ragu untuk melakukannya.Potonglah kuku tangan bayi setiap 2 hari sekali, kerana kuku tangan pada bayi cepat panjang, sedangkan potong kuku kaki bayi setiap 1 minggu sekali, kerana kuku kaki bayi tidak terlalu cepat panjang berbanding dengan tangannya.
Bagaimana cara memotong kuku si bayi dengan betul tanpa menyakitinya?
Sebelum memotong kuku si bayi sebaiknya ibubapa membaca garis panduan atau artikel tentang cara memotong bayi dengan betul. Tips cara memotong kuku bayi dengan betul:
- Sebelum memotong kuku, sebaiknya ibubapa bersihkan tangannya dulu dengan sabun hingga bersih
- Belilah gunting kuku bayi di kedai-kedai berdekatan, jangan menggunakan gunting kuku untuk orang dewasa, kerana gunting kuku untuk orang dewasa sangat tajam, dikhuatiri jika memakainya akan mencederakan kuku si bayi. Kuku pada bayi sangatlah kecil dan mudah untuk dipotong.
- Potonglah sampai pendek, sampai sempadan antara kuku dan daging, lakukanlah dengan sangat hati-hati tanpa menyakitinya
- Jika ingin memotong kuku si bayi, maka lakukanlah disaat sang bayi sedang tertidur . Kerana jika dilakukan disaat ia belum tertidur akan berisiko berat. Kerana bayi tidak boleh diam, dikhuatiri orang tua yang sedang memotong kukunya akan mengenai daging pada kuku si bayi yang mengakibatkan rasa sakit pada kuku bayi dan membuat si bayi menangis kesakitan
- Lakukanlah pada tempat yang terang, agar kelihatan dengan jelas pada saat kuku si bayi dipotong. Sebaiknya dilakukan pada waktu pagi hari atau siang hari. Jangan lakukan pada malam hari.
- Jika anda secara tidak sengaja mencederakan kuku si kecil hingga berdarah, janganlah panik, ambilah kapas basahi dengan alcohol, lalu tekan darahnya sampai darah tidak keluar lagi, atau boleh dengan memberikannya betadine. Kemudian peluk dan ciumlah bayi anda kerana anda tidak sengaja melukainnya
No comments:
Post a Comment