tudung pilihan aku

salam readers!!!!..
cube korang perhatikan sekeliling korang,
macam2 kan style tudung sekarang..
the latest one aku tgk  tudung ekspres 3 layer tapi muncung dia style bawal..
fuhh! kreatif beb..
sebenarnya aku baru berjinak-jinak dgn shawl 
aku kurang shawl2 ni sbb aku berkaca mata..
so bila pakai cermin mata dia jadi kembang..so x sweet la..
so aku prefer bawal berbanding shawl..
tapi bawal ni cerewet ooo
nak2 aku dah ada anak,so nak kene cepat jer
kalo x anak aku melalak tgk mama bersiap..
aku mls bab iron2 ni..
pastu x betul iron,x lawa bentuk muka tu..
so cerewetla..
kalo aku pakai shawl
juz lilit2 jer..
mudah dan simple..
so u oll suka tudung apa yer??
tudung ekspress kan...hehe
mudah dan selesa..
3 layer u olls sgt cantik..




tips blog ramai pengunjung


Assalamualaikum readers!!!


hari ni aku nak share ciri-ciri blog yang aku akan kunjungi.aku rase korang pon sama kan..jom share dgn aku blog mana pilihan korang??ok ni jenis blog yg akan aku kunjung:)

Warna tema
u ollz mesti ada tema tersendiri. jgn main cincai je letak warna..pilih warna soft2 jer..kan sedap mata ni memandang.warna yg selalu blogger pilih ialah soft pink..nampak sweet jer kn.??

Sidebar Widget
Hah! yang ni penting. Aku sampai takut nak letak widget kat tepi ni. bukan ape berat sgt..tahula u ollz lawa cun melecun tapi x pyhla nak letak berpuluh-puluh gambar korang kat situ..kene santau baru tau..


widget jam or calendar sgt x diperlukan dlm blog..pastu widget pas baca sila komen..perlu ker??? hehe..macam-macam la nak ltk..ade yg nk ltk snow lah..adoi...taste masing2:)

Background blog
Setahu aku, background mestilah bertepatan dengan tema blog kan. So, menda ni berkait rapat dengan tema blog kita tu. Kalau sidebar title hijau, background kuning, post title purple korang rasa ade tak orang nak singgah? Erm, mungkin tidak. amek background kosong jer..lagi kemas!!!

Font entry
Font pun memainkan peranan penting. Elakkan la guna font yang berbelit berpusing untuk entry, kalau untuk post title atau sidebar title boleh la ye.warna Hitam yg paling sesuai bagi aku. 

Lagu dalam blog
Perasan tak kat blog aku tak pernah ada lagu. Sebab aku tak minat, menyemak aje. Nak letak lagu boleh tapi jangan la isi yang kawkaw rock kapak. Isi la yang sedap didengar kay. Macam aku suka bukak tab banyak2 sekaligus, pening woo kepala sebab segelintir blog pasang mp3 yang tak boleh nak pause tu. Paham tak? Maksudnya, isi lagu yang sesuai dan ada butang pause! Kalau takde tu tolong buang dengan segera okay, gantikan dengan yang baru.aku awal2 lagi tekan mute kat sound lappy:)

Hmm, aku rasa dah cukup kot kriteria2 yang diperlukan ni. Semoga dapat membantu blogger baru mahupun yang lama.ok la nk blogwalking ni..harap-harap ada semamgat nak blogwalking bila ada blog yang menarik..