button follow hilang

Ada beberapa pembaca kata tak dapat nak follow blog aku eh. Sebabnya tak jumpa button follow. Aku pun kadang-kadang ada masalah ni jugak. Jenuh la aku nak segarkan balik blog tu dengan harapan keluar button follow. Tapi hampa, button menyorok malu nak muncul .

Ok lah, kita cuba ikhtiar la ye. Aku dah ubah position widget follower tu, dan sepatutnya sekarang ni button dan senarai peminat-peminat aku yang tak ramai mana tu berada di sidebar blog ni. Tapi jangan hampa dan kecewa sangat kalau button tak muncul. Apa kata korang cuba klik button 'FOLLOW ME' betul-betul kat atas header aku macam kat gambar ni
Mudah-mudahan berkesan la ye.tapi ni sementara je tau..sebab aku xsuka float button ni..
 Oh lagi satu, jangan lupa tinggalkan link blog korang kat footprint aku tu tau. Senang la aku dan orang lain nak jenjalan.
ok bye..nak susukan anak plak ni..hehe

Kebaikan dan keburukan facebook



Kebaikan Facebook :
1. Untuk meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.

2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
6. Membina komuniti tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya


Keburukan FaceBook :
1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.

2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat