PASAR PAYANG tempat HARUS singgah!!

Salam readers!!!
arini nak update tempat cuti2 MALAYSIA ..iaitu KUALA TERENGGANU aka my HOME.
Family suami ku datang berkunjung ke rumah..
so semalam kami berkunjung ke PASAR PAYANG dimana tempat pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. 
Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.
Pengunjung yang berkunjung ke pasar ini tentu lebih seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang berpatutan..nak kate murah xla murah sgt..tp ok la hasil byk pilihan..
 Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini. 
Aku suka melihat corak dan rekaan baju sutera yang terkini. 
tp sekarang ak xde hati lg nak beli kain pasang sebab menunggu kelahiran babyku lagi bermakna.. 
kalo boleh,nak beli baju kurung yg dah siap jer..
sbb kos yg ttp same kan dgn upah menjahit..
wah2 rayer tahun ni dgn suamila..
tgk tu banyak makanan murah2 ..
penin kepale tgk makanan yg bertimbun2 dgn byk nyer..
setelah penat berjalan2 cuci mata,
kami rehat di teratak sambil bergambar..
peace!!!!jgn lupe singgah sini tau..