Car Seat Dan Fasihah

Assalamualaikum semua blogger yang baca entry aku di pagi hari ini..Tiba-tiba terajin nak update blog kan...
Umur Fasihah sekarang dah nak masuk setahun.Disebabkan kami selalu ulang alik dari Chini ke Kuantan,maka kami prefer membeli car seat.. Fasihah mana reti duduk diam.Die nak capai sana capai sini,kadang2 ayah dia x masuk gear lagi die dah tolong masukkan..letih mama nye nak memegang si kecik Fasihah ni..so dengan adanya car seat keadaan Fasihah kembali tenang..



Mula² agak risau penerimaan Fasihah nanti. Nak ke dia duduk dalam car seat lagi setelah agak lama beriba atas pangku mama. 2 jam perjalanan, 2 jam lah tidur berpeluk. Sakit pinggang toksah cakaplah. Tapi sampai bila nak berpelukan je kan. Lagi pula macam tak berapa selamat untuk perjalanan yang jauh. 

Setelah buat survey sana sini, kami akhirnya tekad nak ajar Fasihah duduk dalam car seat semula. Beli brand Sweet Cherry dekat AEON AU2. Nak beli ni pun masalah juga, ingatkan boleh beli car seat biasa tapi rupanya ada had muatan. Car seat biasa sampai 18 kg sahaja. 

Alhamdulillah, so far dia ok duduk dalam tu as long as ada benda untuk alihkan perhatian dia. Kalau tidak nanti dia jerit . Sesekali bila tak sampai hati tu ribalah juga dia. Tapi sesekali je lah. Tak boleh selalu nanti naik lemak. Mana pun dah tak larat riba awak sangat sayang. HAHA.  Kalau sebelum ni tangan mama ni lah jadi seat belt awak, sekarang ni dah ada car seat silalah manfaat kan ye. 



No comments:

Post a Comment