Bas rapidKuantan yang Cool

Salam Readers!!!

Sekarang ni kan dah ada Bas RapidKuantan. Selalu dengar RapidKL je dulu-dulu kan. Ha sekarang Kuantan pon dah ada Rapid. Satu kemajuan yang boleh dibanggakan juga. Dah lama warga Kuantan inginkan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik seperti ini.

Sebelum ada RapidKuantan ni,aku selalu la naik Bas Bee Huat Sdn. Bhd. dan Rahmat Alam yang disediakan suatu ketika dulu. Merasa la dulu time belajar kat UMP GAMBANG naik bas nak ke bandar. Tambang memang murah la ikut perubahan harga minyak semasa. Dari Gambang nak ke bandar Kuantan ada la sejam lebih sekali tambang tak sampai sepuluh hinggit.

Alhamdulillah sekarang adanya RapidKuantan ini akan memudahkan pergerakan warga Kuantan untuk ke destinasi yang ingin dituju. Nak try jugak la naik Bas RapidKuantan sekali sekala. Dah lama jugak tak naik bas ni.aku tengok banyak stesen-stesen rapid Kuantan ni.so mmg cool lah.


Bagi fasa pertama ni, RapidKuantan menyediakan perkhidmatan di tiga laluan iaitu antara Terminal Makmur dan Gambang; Indera Mahkota dan Teluk Chempedak serta Kompleks Mahkamah dan Politeknik Sultan Ahmad Shah di Semambu.Tambang rapidKuantan dicaj pada Januari 2013 dan menetapkan
 RM2 bagi perjalanan bawah 20 kilometer dan RM4 bagi perjalanan melebihi 20 kilometer.

Untuk pengetahuan korang,pada bulan Disember 2012 free je tambang dia...so mmg berebut-rebut nak naik bas free...InsyaAllah bila aku ada kat UMP nanti,aku akan pastikan naik bas Rapid Kuantan yg cool ni..






2 comments:

  1. Lepas nie takde masalah lambat ke tempat kerja atau kelas lah kan. hehe.

    ReplyDelete
  2. pernah jugak dulu bersesak dalam bas Rahmat Alam, masa belaja kat matrik gambang..hehe

    ReplyDelete