BigMac vs Whopper vs Burger Ramly



 Satu dunia dah kenal dengan burger yang dinayatakan pada tajuk posting ini. BigMac di McDonalds, Whopper di Burger King dan Burger Ramly di....di.... di pasar malam, tepi jalan, stesen bas dan di Malaysia sahaja.

Setiap burger ada keistimewaan tersendiri. Tapi bagi aku, Burger Ramly yang dijual di tepi jalan ini lagi sedap dari BigMac dan Whopper. Burger Ramly ni sebenarnya bukanlah milik syarikat daging burger Ramly semata-mata melainkan banyak penjual burger yang menggunakan bungkusan bercop Ramly tersebut, dan ada juga peniaga yang menggunakan polystyrene sebagai pembungkus. Tetapi nama Burger Ramly sudah sinonim sebagai nama burger RM2.00 di pasar malam atau tepi jalan di Malaysia.
Apakah instimewanya burger Ramly ini. Pertama ialah murah! Burger daging atau ayam RM2.00, benjo RM1.50. Dibandingkan BigMac dan Whopper hampir RM8.00 untuk burger sahaja tidak termasuk set lengkap.

Kedua, mudah dibeli bagi yang duduk di Malaysia lah. Cari lah di mana-mana pun mesti jumpa. Depan Giant, dekat stesen bas, pasar malam, depan 7 Eleven, malah depan rumah orang pun ada. Kedai A tutup pergi kedai B. Kedai B ramai orang pergi kedai C. Banyak pilihan. Tetapi kalau McD dan Burger King? Satu daerah sebuah sahaja, beratur panjang lah kamu. Burger King? Lagi lah susah nak jumpa. Jerantut sendiri tiada McD.

Ketiga, korang dapat lihat secara live pembuatannya. Abang-abang, akak-akak burger kan masak kat gerai dia tu depan kita. Jadi boleh tau la macam mana dia buat, bersih atau tidak. Kalau McD atau Burger King, memang kedai air-cond tapi boleh tengok ke macam mana dia goreng daging burger tu.haaa...

Ke empat yang memang tak boleh lawan adalah kelazatannya. Burger Ramly yang sebetul-betulnya sedap adalah roti burger yang turut di masak dengan sedikit marjerin, daging burger diisi sedikit lada sulah digoreng garing selepas itu dicelup dengan telur, bawang timun kobis segar ditambah sos Life dan sedikit mayonis. Wallah, a perfect burger! BicMac? Whopper? Roti pun tak masak, daging lembik, sos tak terasa, cheese setambun. Masak macam tak ikhlas je. Makan sekali lepas tu tak teringin nak tambah.

Pendek kata burger Ramly ataupun burger tepi jalan di Malaysia adalah raja burger. Murah, sedap, senang dibeli. BigMac, Whopper harap je international dan komersial tapi masih tak boleh celen burger-burger tepi jalan. Secara tak langsung membantu perniagaan bumiputera. Ye ke?

p/s:aku manusia berselera tempatan. Andai diberi pilihan antara apam balik atau pizza saya pasti pilih apam balik. Tapi pizza saya sebat jugak.

sumber:

3 comments:

  1. sememangnya burger jual tepi jln yg menjadi pilihan dihati saye..^___^

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah banyak peseng burger nie, yang saiz jumbo besar gedabak tu pun ada. Burger bakar la. Aisyyyy sodap nya

    ReplyDelete