amalan berpantang

Bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya.


Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian.


1) bengkung

"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar." 


Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:

  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  • memecahkan lemak dan selulit;
  • mencegah dari makan berlebihan.
2)urutan
Mengikut tradisi, wanita Melayu yang baru bersalin dinasihatkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. faedah:
  • melancarkan perjalanan darah;
  • mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan tertakung;
  • menaikkan rahim;
  • membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
  • memecahkan lemak;
  • mengetat dan membentuk tubuh;
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
3)jamu
dikatakan berkhasiat untuk:
  • mengembalikan tenaga;
  • memanaskan badan;
  • mengeluarkan lemak dan toksin;
  • dan, melawaskan ke bilik air.
Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
  • mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk";
  • memakan hidangan berminyak;
  • meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut.

4)bertungku
sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan dari badan. 


Dikatakan bertungku juga:

  • memecahkan lemak;
  • mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
  • mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
5)mandian herba
Satu komponen penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu baru ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah. Ia dipercayai akan:
  • mengembalikan kecergasan;
  • membuangkan angin;
  • menghilangkan bau hanyir;
  • merawat urat yang terputus

No comments:

Post a Comment