kenali HAIWAN EKSOTIK yg comel

Salam readers!!!!
tengah kemas2 umah,ade iklan Safiyya 2012 tntg haiwan eksotik..
so ak pon berminat nak kaji dulu..
ak search kat tenet..alamak..geli plk tgk haiwan lembik2 ni mcm katak tu..
so x jd nk tgk haiwan eksotik ni..
cume ak tertarik dgn binatang ni jer iaitu SUGAR GLIDER sbb kawan2 ak ramai yg bela haiwan ni..
ak dgr citer siap ade botol susu lagi utk haiwan tu..
tp x gigit korang ker??
zaman ak kecik2 dulu,HAMSTER(rm15 each) yg plg glemer kan..
xdela semahal harga sugar glider (rm500 sepasang) tu..
jom kenali SUGAR GLIDER
COMEL, lincah dan aktif. Demikian rangkai kata yang terpacul di mulut saat melihat haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini.
Haiwan berbulu lembut yang manja itu digelar sugar glider. Kalau dibawa ke kawasan umum, ia pasti mencuri tumpuan khalayak, malah tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah mahu mendekati ‘selebriti’ 
Sugar Glider atau nama saintifiknya Petaurus Breviceps merupakan haiwan marsupial kecil yang boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea. 
Ia mendapat namanya kerana sifatnya yang menggemari makanan manis dan mempunyai membran peluncur menyamai tupai terbang. 
Sugar glider ini merupakan haiwan sosial dan memerlukan penjaganya meluangkan masa melayaninya selama tiga hingga empat jam sehari.
Jika dibiarkannya tanpa belaian, haiwan ini akan sunyi dan akhirnya akan mencederakan dirinya dengan menggigit ekornya, bulu di perut dan kemudian memakan isi perutnya sendiri walaupun telah diberi makanan mencukupi. 
Ia akan membuat bunyi bising seperti salakan anak anjing jika tuannya tidak mengeluarkannya dari sangkar untuk diajak bermain. Ia juga diberi  diet buah-buahan seperti betik, tembikai susu dan epal  
Begitupun sugar glider tidak menolak sebarang makanan yang diberikan, terdapat makanan yang tidak boleh diberikan kepada haiwan tersebut seperti coklat kerana ia boleh menjadi toksin kepadanya.
 hehe sgt manjekan sugar glider ni..cute jer..wallah la







2 comments: