aktiviti BAYI dlm KANDUNGAN

Gerakan pada janin selalunya dikesan minggu ke 18 hingga minggu 22. Janin akan bergerak pada kiraan normal 10 kali dalam satu hari atau sekali sejam. Keadaan ini sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang bertindak lebih aktif di malam hari. Keaktifan gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu2 yang lainnya.

1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun tidur, anda akan menggeliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menggeliat di pagi hari mampu membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin juga melakukan senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap ibu jari
Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apabila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat2  pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta.

4. Berpusing
Ketika anda sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua dua tangannya. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas dari janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam ibunya. hehe omel.. selalu buat yang ni.. :D

6. Gerakan di tulang rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah2 ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi "hormat"
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi "hormat" iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.

Hehe,xsbr nak menunggu kelahiran baby pertamaku..excited sgt..sampai entry ak seme berkaitan pregnancy..
utk pengetahuan am jgk kepada pompuan n laki2..
wasalam

3 comments:

  1. Memang tgh mengira2 setiap hari ni..hehe

    tag kamu join http://www.akmarwati.com/2012/04/lucky-draw-rm100.html

    ReplyDelete
  2. SALAM KENAL...DARI SEGMEN MISS Z.SORRY TERJAH MERATA2..HHU AMBIK LINK NI DARI SENARAI YG MISSZ BUAT..SORRY...DONE FOLLOW U, DONT FORGET TO FOLLOW ME TOO

    ReplyDelete
  3. omaigod! tak sabar nk kawen, n ada baby! haha

    ReplyDelete