review tempat jualan baju baby

salam!!! xde ape story arini,juz nak share tempat2 yg boleh beli baju puteri kesayangan ku..akan ku beri yg terbaik utk si manja ku
first!!! opkosla ANAKKU...baju cantik2 la..geram sungguh..
yg kedua BABY MICKEY x silap..ade kat CAPITAL MALL KUANTAN..
baju2 bertemakan mickey n minnie..sgt comel ok!!!
yg ketiga kalo kat GIANT jenama PUREEN..Ok jgk tu..barang seme ade n harga murah

ha!!! itula tempat yg aku akn selalu kunjungi utk si manjaku
dan x lupe SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yg ke 55

pregnant is my sweet time

salam!!! tibe2 mlm2 cmni nak update citer time pregnant...
kalo ikutkan ni la kali pertama dan terakhir ak pregnant..
bkn xnk pregnant lg,tapi kesakitan masa bersalin wat aku jadi trauma sangat..nak kencing pon sakit,apatah lagi nak buang air besar..heeee
berat terakhir ak b4 bersalin 54kg..mak aiihh xpenah berat ak mencecah angka 5 sebelum ni..
sweet nyer mengandung ni kan..
time berjalan suami pasti pgg tgn kite..takut2 klo terjatuh..makan lak makanan berkhasiat jer..n ape yg diidamkan pasti dapat..pastu minum susu lak tu..sebelum ni minum air teh n kopi jer..
nak2 time belajar dok minum nescafe jer..
pastu x leh wat kerja2 berat dan membahayakan..
kesimpulannya,yg elok2 jer kite amalkan..
kat bawah ni pic time ak ngandung..saje nak share bkn senang Allah nak beri kite rezki secepat yg mungkin selepas bernikah.




anakku demam kuning

aduhai anak ku!!! sedih tgk terketar2 dalam incubator..cepatla sembuh anak ku..
bayi sebegini memang kuat tidor dan x kan bangun2 selagi tak gerak..awas ye!!! kekurangan susu ibu dan kekerapan tidur mengakibatkan kuning bertambah parah..aku n suamiku berusaha keras mengejut anak ku utk menyusu..
pergerakan bayi memang tidak aktif..
apakan daya aku masih x larat nak bergerak sgt..cume mampu berdoa jer..
selepas kuning turun sedikit,kami dibenarkan keluar wad..
pelbagai cara tradisional aku gunakan..
1)pagi2 jemur di bawah sinaran matahari..tp igt just silau2 pon2 ok..jgn terlalu lama..kesian baby yg masih kecil..
2)mandi dengan air daun belimbing buluh..
insyaAllah dgn kuasaan tuhan,anak ku akn sembuh..baby pramatang sgt sensitif..aku yg tak tau pape terpakse belajar demi membesarkan anak ku..

amalan berpantang

Bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya.


Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.

Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian.


1) bengkung

"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh menghempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan vagina yang telah regang dan longgar." 


Ia juga dipercayai bahawa berbengkung juga boleh membantu:

  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  • memecahkan lemak dan selulit;
  • mencegah dari makan berlebihan.
2)urutan
Mengikut tradisi, wanita Melayu yang baru bersalin dinasihatkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. faedah:
  • melancarkan perjalanan darah;
  • mengeluarkan darah (lokia)yang terperangkap dan tertakung;
  • menaikkan rahim;
  • membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya;
  • memecahkan lemak;
  • mengetat dan membentuk tubuh;
  • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas kerja keras melahirkan anak.
3)jamu
dikatakan berkhasiat untuk:
  • mengembalikan tenaga;
  • memanaskan badan;
  • mengeluarkan lemak dan toksin;
  • dan, melawaskan ke bilik air.
Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:
  • mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk";
  • memakan hidangan berminyak;
  • meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut.

4)bertungku
sebab utama bertungku ialah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir (lokia) mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini mengugatkan kesihatan. Jadi, tujuan bertungku dan memakan jamu ialah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan dari badan. 


Dikatakan bertungku juga:

  • memecahkan lemak;
  • mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
  • mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.
5)mandian herba
Satu komponen penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu baru ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah. Ia dipercayai akan:
  • mengembalikan kecergasan;
  • membuangkan angin;
  • menghilangkan bau hanyir;
  • merawat urat yang terputus

kesakitan bersalin bersulami darah

salam semua!!! sempat lg nk update ni..maklumla boring2 ni..facebook aku dah jadi milik suami ku..xkisahla sharing is caring ..owh yer!! ak dah ade baby gurl..
pengalaman bersalin memang menyakitkan sehingga ak sgt trauma..ak bersalin secara normal tetapi disebabkan aku tak pandai nak meneran ,jd bykla jahitan luar dan dalam..
badan dah terlalu penat setelah berhempas pulas bertarung nyawa melahirkan anak ku..
kesakitan aku bermula jam 12 mlm..mmg aku x leh langsung nak tdo...sakit pinggang bagai nak patah..nak kata nak bersalin,baru nak masuk 7 bulan..so aku wat bodoh je ..tido pon xlena..pagi tu terasa nak kencing..tgk2 dah ade tompokan darah..seperti rasa nak pengsan sbb ak belom bersedia utk bersalin..
ak dibawa ke hospital tengku ampuan afzan kuantan..sakit berserta darah memang menyakitkan...terasa setiap minit,malaikat sedang mencabut nyawa...ak hanya mampu menangis je sbb jalan keluar baru 3 cm..
ak mmg dah xde selera nak mkn..mmg badan ak lemah sgt..xmampu menahan kesakitan apabila darah turun..
tepat jam 11.45 am ak dibawa ke dewan bedah..sakit memang menyengat bagai nak tercabut nyawa..
hanya husband setia menemaniku sehingga aku bersalin...
selepas beberapa minit,doktor pecahkan air ketubanku,lalu ak menangis dan mengucap panjang2...petanda ak dah nk bersalin..
sebaik sahaja anak aku keluar tepat jam 1.45pm,anak aku dibawa ke wad kecemasan utk bantuan oksigen..
ak x mampu utk ungkap kata,hanya menitiskan air mata..ak x sempat melihat wajah anak ku..sbb anak ku bermasalah pernafasan..
itulah pengalaman ak menjadi seorang ibu..betapa sakitnya mempertaruhkan nyawa..alhamdulliah..semuanya selamat..ak berikan nama anak ku dengan ERYNA NUR FASIHAH yg membawa maksud KECANTIKAN CAHAYA KEPETAHAN..

ucapan HARI RAYA untuk anda semua!!!

salam semua..ni entry terakhir sebelum kita menyambut hari raya..
tahun ni ira beraya d kuantan,umah ibu mertua...
n then baru balik chini..
rayer tahun ni kami sedondon purple..
.ira harap selamat sampai d kampung..
untuk anda semua,suruh ayah berhati-hati ketika drive tau bak kata pepatah biar lambat asalkan selamat..
ni kad buruk yg iera wat utk anda semua..
oh yer sebelum tu cadar yg kami order dah sampai tau...
sape2 yg belum bace entry lepas ni die {entry}..
so kesimpulan nya,shopping online boleh dipercayai..
ok ni dia gambar..

usahawan KUIH RAYA RADMAS

Salam semua!!! utk pengetahuan awak semua perniagaan merupakan sumber rezeki yang memberi kepuasan..
tak ketinggalan bagi keluarga saya..musim2 raya ni..en husband menjual pelbagi kuih raya yang enak-enak dan lazat-lazat..memang best...
ni antara kuih raya yg dijual..semua gambar ni diambil dari RADMAS sendiri.
almond london
double choc
suria delight
cornflakes gajus
manggis cookies
alamanda
idaman crockette
nestum delight
puteri balqis
tart blueberry
apple mix fruit
tart nenas



now, en husband tengah bertungkus lumus utk habiskan stok kuih raya ni tau...
bolehla menambahkan pendapatan..nampak sedapkan...igt tahan nafsu..!!!

shopping ONLINE yang menggila

hola my frenz..
kekuasaan internet makin menjadi2 sekarang ni..
sampai nak shopping pon beli dlm on9 jer...xpyh nk bersesak-sesak sana sini..
macam2 boleh dpt dr internet ni...ckp je nak beli ape..pasti ade jual kan...
sekarang ni pon sibuk dgn ZALORA.COM kn.
.ak xla excited sgt..xkisah xglamour pon tempat on9 aku..
janji ak puas hati...cume kite pnt menunggu kan brg yg dibeli...leceh jgk...
nak bank in,nak tggu..kalo kene tipu cm ne?? byk risiko kan...
ish,jgn pkir negatif la kwan dlm bulan ramadhan ni...
masing2 mencari rezeki...
tersebut la kisah..suami ku membelek2 jam kegemaran nya..so dapatla jam ni...
cuaca panas ni,en husband cari rayban plk..aiyak...kelakar tgk gelagat die...
sampai x tdo mlm dok pilih rayban...hehe...
so berkat kesabaran,dptla jam tgn dan rayban nyer..

tapi yg sedihnya,set cadarku x sampai2 lagi...kene tipu ke ape nth kami ni...ak berharap sgt cadar tu sampai hari esok...ak beli cadar tu sbb ade promosi raya...wahai en posmen!!! dtgla umahku hantar cadar!!!
Oh yer ...kesempatan ni,jika sape yg mempunyai kenderaan utk diservis,kami menjual performance spring,standard sport shock absorber dan original standard spring
layari laman web 
https://www.facebook.com/pages/Pro-ride-Garage-Online-Shop/358924024141022


keperluan BERSALIN !!!!

taraa!!!!! atas nasihat misi2 ak disuruh membuat preparation utk bakal kehiran anak ku...
so dgn excited nyer ak n husband menyediakan preparation for our child..wallah..gempak nyer...ak nak jd seorg ibu.
.tp bile dengar citer pasal jahitan,pembedahan,bertukar nyawa..adoi..kecut perut jgk..
kali ni ak beraya umah ibu mertua..opkosla dah ade suami katekan..n then baru blik umah femly ku..
so,jom checklist brg2 yg perlu kami sediakan

Persediaan untuk baby
*   Baju/seluar panjang baby -  2 helai
*   Barut baby - 6 helai
*   Sarung tangan/stokin baby -  2 pasang
*   Topi Baby/Penutup kepala -  21
*   Tuala mandi baby - 1 helai
*   Pampas Size kecil  -  4 pack
*   Lampin  -  1 pack
*   Minyak yuyi
*   Tisu lembap
*  shower gel/baby oil/bedak/lotion


Persediaan untuk ibu
*  Baju lengan panjang dan longgar -  1 helai
*  Kain batik    -  2 helai
*  Baju sejuk -  1 helai
*  Stokin tebal dan panjang hingga betis - 2 pasang
*  Tuala mandi - 1 helai
*  Tuala Wanita
*  Termos Air Panas
*  Air mineral/Susu Tepung/Milo
*selipar
*  Sabun mandi/ubat gigi/berus gigi/bedak/shampoo/cuci muka
*  Bengkung moden selepas bersalin dan berada di hospital


Keperluan Semasa Pendaftaran
*  I/C
*  Kad Kesihatan ibu mengandung
*  Guarantee Letter
*  Kad Insurance jika ada
*  Surat dari majikan jika diperlukan
*  Surat dari hospital/klinik jika ibu mempunyai masalah kesihatan
*  Handphone/charges/duit syilling jika menggunakan telefon awam

ha!!! barang baby dah ade...mama baby belum ade lg...any suggestion???

takut dgn KELAHIRAN PRA-MATANG




SALAM....tgh sibuk nak beraye ak tgh memikirkan hal ni kalo terjadi kat aku..rsau sgtkan..xpela aku boleh shopping rayer + shoping baju baby...so exciting..ak hrp seme nyer selamat..this is just for information ok!!!
Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang

  • Uri yang tidak normal
  • Masalah pangkal rahim yang longgar
  • Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
  • Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
  • Masalah pada bayi dalam kandungan

Risiko

Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti: 
  • Merokok
  • Minum alkohol
  • Menagih dadah
  • Badan terlalu kurus
  • Kekurangan zat makanan yang keterlaluan
Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) . Risiko-risiko lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah:
  • Gusi berkuman
  • Jangkitan kuman
  • Hormon tak seimbang
  • Pangkal rahim yang longgar( cervicle incompetence)
  • Rahim terlalu sensitif
  • Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
  • Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
  • Tekanan emosi yang keterlaluan
  • Umur dibawah 17 tahun
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Fibroid
  • Kandungan kembar
  • Bayi yang tidak normal
  • Sejarah kelahiran pra-matang sebelumnya

Tanda-Tanda Kelahiran Pra-Matang

Kelahiran Pra-matang merupakan komplikasi yang sangat serius. Tetapi ramai wanita tidak memahami tanda-tanda awal kelahiran ini. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, mungkin ia akan dapat dicegah dan memberikan bayi anda peluang hidup yang besar. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, berjumpalah dengan doktor dengan seberapa segera.
  • Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak
  • Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj
  • Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam
  • Rasa tekanan dan berat pada pelvis
  • Sakit belakang
  • Bengkak pada muka dan mata
  • Pedih semasa kencing
  • Muntah

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kelahiran Pra-Matang

  • Hindari dari jangkitan kuman seperti kencing kotor atau jangkitan faraj-amalkan penjagaan faraj yang optimal.
  • Amalkan penjagaan dental yang baik-berjumpalah dengan doktor gigi sekiranya ada masalah terutama sebelum merancang untuk hamil.
  • Jangan merokok, minum alkohol dan ubatan yang tidak disarankan oleh doktor
  • Cegah dehydrasi dengan meminum air 8 gelas sehari.

Rawatan

  • Rehat sepenuhnya samada dihospital atau dirumah
  • Hindari dari hubungan seks
  • Ubatan seperti ventolin mungkin akan digunakan untuk menghentikan kontraksi dan mengurang kecutan pada rahim.
  • Suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru bayi
  • Antibiotik sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan

    kenangan FEMLY DAY !!!

    salam readers!!! 
    now ak dah nk masuk 7 bulan ..
    oh..perut makin memboyot badan semakin mengembang..hahaha nmpk sgt comel..
    ak n husband join femly day femly ku d kuantan sebelum puase aritu,...
    xla best sgt tp ok la nk eratkan silatulrahim..
    badan pon semakin lesu dgn baby menendang2 perut aku..
    utk menjaga hati ibubapa ku,ak pon join jgkla femly dieorg..
    xde ape pon nk diceritakan,cume mkn jela yg bestnyer...daging kambing kot..
    ak mkn semahu nyer...x pikir dah bdn mcm ..hehe..
    mlm tu ak n husband tido d hotel n esok nye ade sukaneka..
    ak x sempat nak habeskan acara coz nk balik nk p kenduri kawan husbandku..
    psstt!!! sejak mengandung ni,ak mmg suke g kenduri kawen..